TUJUHSATU.COM – Islam mengajarkan kepada wanita agar memiliki sifat malu…
Sifat malu yang ada dalam diri wanita adalah hal yang dapat menambah keimanan dan juga membuat kamu menjadi wanita terhormat dan dimuliakan…
“Rasa malu tidaklah mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan”
(HR Bukhari dan Muslim)
Rasa malu yang ada dan harus dijaga dalam diri wanita iaitu:
menjaga pandangan dari hal-hal yang tidak diperbolehkan dalam islam…
tidak digalakkan menonjolkan diri kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah dan dosa. Dengan adanya aplikasi-aplikasi seperti Instagram, tiktok, facebook, dan lain-lain…
Dilarang mengenakan pakaian yang mempamerkan aurat atau pakaian dan perhiasan yang berlebih-lebihan…
Tidak dibenarkan berlebihan dalam memakai wangi-wangian, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi…
Tidak melemah-lembutkan suara ketika berbicara pada lawan jenis…
Tidak tertawa berlebihan (terbahak-bahak)..
Dilarangnya wanita untuk melenggak-lenggok untuk mencari perhatian…
Rasulullah SAW bersabda :
“Malu dan Iman senantiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya.”
(HR Al-Hakim dan Tabarani)
begitu sangat luar biasanya wanita, dijaga dari segala hal yang berkaitan dengannya… maka berbanggalah kita sebagai kaum wanita.
Serta jagalah diri walau dimanapun..